Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (
Arab:
نبي محمد صلى الله عليه وسلم) adalah pesuruh
Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan
Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai
khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT. Nabi Muhammad dilahirkan di
Makkah,
Arab Saudi dan kembali ke rahmatullah di
Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan
Rasul dan
Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam oleh orang
Islam, tetapi orang-orang
Yahudi dan
Kristian enggan mengiktiraf Muhammad sebagai Nabi dan Rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah
Nabi Musa dan
Nabi Isa.
Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud:
-
"Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."
No comments:
Post a Comment